Wednesday, March 7, 2012

Silent Hill 2006 Movie


Silent Hill 2006 Movie . Pagi ini aku nak cerita sebuah entry santai berkenaan sebuah movie. Terlalu banyak movie dipasaran sekarang dan dikeluarkan dengan berbagai bagai genre. Ada genre cinta, gangster, sains, dokumentari, religi, jenayah atau pun animasi. Akan tetapi mungkin sedar atau tidak ada filem yang dikeluarkan berdasarkan GAME. Yep game! Ada sesetengah game telah diadaptasi dari permainan game ke sebuah filem. Ada filem yang berjaya dan ada yang tidak. Sesetengah filem dikatakan berjaya apabila berjaya membawa “storyline” game ke pentas filem dengan tidak terlalu banyak mengubah plot dan jalan cerita sesebuah game asal.
Antara permainan game yang telah berjaya dibawa ke pentas filem adalah Silent Hill. Aku berasa hanya yang berminat bermain game dan sekarang berumur dalam lingkungan 20-30 tahun tahu akan game ini. Game Silent Hill ini sebenarnya daripada jepun dan bergenre seram. Aku sangat sukakan game jenis macam ini sehinggakan aku hampir memainkan keseluruhan siri game Silent Hill ini.
Lagu "Opening" Untuk Game Silent Hill dan Movie Silent Hill - Press Play
Movie Silent Hill 2006
Movie Silent Hill 2006
Bukan ingin mempromosi akan movie Silent Hill ini. Filem ini sudah lama.Akan tetapi apa yang ingin disampaikan adalah kesan dari game Silent Hill itu sendiri terhadap Filem Silent Hill. Pada yang pernah memainkan game Silent Hill pasti faham akan apa yang aku ingin sampaikan. Jalan cerita, plot, suasana, perasaan dan fokus memberikan kesan nyata yang baru dalam permainan. Boleh dikatakan korang bermain game sambil membentuk jalan ceritanya sendiri seolah olah menonton filem. Apa yang korang pilih akan menentukan hala tuju perjalanan story Silent Hill, menarik bukan……. :)
Silent Hill 2006 Movie
Silent Hill 2006 Movie
Game Silent Hill sangat berbeza dari game yang lain. Kenapa aku katakan begitu? Ini kerana pernahkah korang bermain game dan terikut dengan game itu sendiri. Merasai kesepian didalam game, keseraman, ketakutan, suspen, perasaan buntu dengan jalan cerita. Perasaan resah, ingin mencuba, berhati hati semuanya ada.
Silent Hill Movie
Silent Hill Movie
Apabila game di pentaskan kepada filem, filem silent hill ini bagi aku berjaya dalam transformasinya. Filem Silent Hill tidak seperti filem yang lain yang bagi aku gagal dalam membawa keseronokkan permainan game kepada filem. Nampaknya filem Silent Hill akan keluarkan filem yang kedua yang bertajuk Silent Hill: Revelation 3D tahun ini 2012Game terbaru silent hill juga akan keluar pada tahun ini iaitu bertajuk Silent Hill: Downpour.
Sebenarnya apa yang ingin aku ulaskan bukanlah berkenaan game. Akan tetapi“Jalan Cerita” didalam game Silent Hill telah berjaya dibawa ke Filem Silent Hill. Filem Silent Hill ini bagi aku sangat best dan berbeza dengan filem yang lain.Pernahkah anda melayari sebuah filem yang membawa anda kedalam dua dimensi. Satu dimensi nyata dan satu lagi dimensi illusi yang sangat menyeramkan. Anda tertanya tanya dengan fenomena disekeliling anda. Anda tidak faham akan apa yang berlaku. Anda cuba menyingkap misteri. Suasana disekeliling anda sangat misteri dengan keadaan kabus disana sini. Anda cuba memahami dan mengaitkan dimensi realiti dengan illusi sambil menghadapi babak babak menyeramkan.
Video diatas Menayangkan Salah Satu Babak di Dalam Filem Silent Hill 2006

No comments: