Wednesday, March 7, 2012

Bapakku.fm – Suka hati Bapak Aku la | Live Streaming Bapakku FM


Dulu masa zaman muda muda semasa zaman study di Universiti (Diploma) sangat selalu aku menghabiskan masa dengan mendengar radio bagi mengisi ruang kesunyian ketika study subjek yang berat berat. Antara radio yang aku minati ketika itu adalah Sinar Fm dan THR FM. Akan tetapi radio THR FM sangat aku minati ketika itu kerana ada penyampai DJ yang bernama DJ Isma Halil Hamzah yang mengendalikan rancangan tengah malam iaitu rancangan seram yang berkenaan kisah seram.
DJ Isma Halil nampaknya tidak berhidmat lagi di station radio THR. Cari punya cari nampaknya  beliau telah menubuhkan station radio sendiri iaitu Bapakku FM yang berplatform radio internet. Memula dengar nama station ni memang buat aku ketawa dah, akan tetapi tunjang utama iaitu IsmaHalil Hamzah memang terbaik. Sejak mengetahui akan radio bapakku fm ini, aku telah dapat menikmati semula rancangan yang popular suatu ketika dahulu iaitu segmen seram yang menanti panggilan pendengar untuk berkongsikan pengalaman kisah seram mereka.
kisahseram
kisahseram
Cara pengendalian oleh IsmaHalil Hamzah ni lain dari DJ yang lain. Dengan gaya santai, rock kapak, myfriend dan pelbagai lagi ada kelainan cara. Aku tidak pernah membuka bapakku fm ni diwaktu pagi, tengah hari atau pun petang. Aku selalunya akan buka radio ni pada waktu malam iaitu pukul 11 malam hingga ke pagi. Tak tahulah pula siapa yang mengendalikan rancangan pada waktu yang lain.
Pada yang tidak tahu siapa IsmaHalil Hamzah, korang boleh bukak di youtube dan mendengar sendiri rancangan seram yang telah diuploadkan. Website bapakku FM adalah “http://bapakku.fm/“. Rasanya website rasmi bapakku fm bagi aku agak pening untuk dilayari. Oleh itu untuk mendengar live streaming bapakku fm boleh lah tekan disini http://wanwidget.com/tv-streaming/radio/live-streaming-bapakku-fm/ atau boleh pergi di bar atas pilih TV/Streaming>Radio>Bapakku FM

No comments: