Wednesday, March 7, 2012

Perbezaan Duit Syiling Lama dan Duit Syiling Baru


Perbezaan Duit Syiling Lama dan Duit Syiling Baru. Baru tadi semasa membeli makanan mendapat duit syiling tukar 50 sen yang baru. Aku tahu yang duit syiling baru ni dah lama dipasaran iaitu awal tahun ini akan tetapi baru sahaja tadi aku betul betul memegang duit syiling 50 sen baru. Setahu aku yang duit syiling malaysia baru ini diedarkan pada 16 Januari 2012.
Aku rasa pelik sikit bila memegang duit syiling 50 sen baru tuh. Rasa ringan dan kecil. Rasanya lebih selesa memegang duit syiling 50 sen lama. Rasanya bila nak tukar duit syiling nanti mesin pengasing duit syiling terpaksa di modified untuk mengasingkan duit syiling baru yang bersaiz kecil.. :)
Perbezaan Duit Syiling Lama dan Duit Syiling Baru
Perbezaan Duit Syiling Lama dan Duit Syiling Baru
Nampaknya elemen bunga raya pada duit syiling masih dikekalkan jika dilihat pada gambar diatas. Maaf aku tak dapat nak tunjukkan rupa dan corak pada sisi sebelah pada satu lagi sisi. Kalau pada syiling 50 sen yang berwarna silver selalunya ianya bercorak “gambar wau”, tetapi syiling 50 sen yang berwarna emas ini coraknya adalah bercorak “tangkai bunga”. Maaf tiada gambar.
Itulah gambar perbezaan duit syiling lama dan baru. Gambar diatas dimabil menggunakan Xperia X10 dan telah diresize kan. Kalaulah aku ada kamera DSLR mesti cantik gambarkan. Ramai dah yang pakai DSLR sekarang. Bilalah aku nak pakai yer. Rasanya terpaksalah aku mengumpul duit syiling 50 sen baru selama setahun untuk membeli kamera DSLR. Tercapaikah?, hehe…. :)

No comments: