Wednesday, March 7, 2012

Borang Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia


Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah. Perlaksanaan Skim Sara 1Malaysia yang dilancarkan setelah diumumkan terdahulu oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu.
Melalui skim SARA 1Malaysia tersebut menurut Perdana Menteri, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sehingga RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.
skim amanah rakyat sara 1malaysia
skim amanah rakyat sara 1malaysia
Kelayakan untuk memohon skim SARA 1Malaysia:
  1. Isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.
  2. Sekiranya mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman.
  4. Sekiranya mereka tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun jumlah pendapatan keseluruhan para peserta skim terbabit boleh mencecah sebanyak RM13,000.
Skim Sara 1Malaysia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. SARA 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB. Institusi kewangan yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB, RHB Bank, Bank Simpanan Nasional. jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. Had pelaburan RM5,000, dan pelabur boleh membelinya bermula 30 Januari ini melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.

No comments: