Wednesday, March 7, 2012

Pakatan Rakyat dan Buku Jingga


Selamat pagi semua. Tajuk entry kali ini adalah Pakatan Rakyat dan Buku Jingga. Kenapa dengan pakatan rakyat dan apa pula kaitannya dengan Buku Jingga. Buat pembaca blog ini, aku harap korang jangan terus menilai bahawa aku akan menceritakan entry yang berbaur politik. Jangan risau aku bukan jenis fanatik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Akan tetapi apa yang ingin aku sampaikan adalah kita sebagai rakyat tidak seharusnya terlalu fanatik kepartian. Ketaksuban yang melampau akan membawa kita kepada kepercayaan dan kebergantungan penuh kita terhadap parti.
Ketaksuban terhadap parti hanya membawa kita kepada pecah belah sesama sendiri dan saling tuduh menuduh. Aku sangat berharap apabila kita menceritakan sesuatu seharusnya kita menunggu bukti dan berbicara secara sederhana. Kadangkala manusia itu menggunakan dalil yang benar akan tetapi salah niatnya dan ada juga manusia yang menggunakan dalil yang palsu akan tetapi benar niatnya. Disinilah terletaknya kemampuan kita untuk menghurai sesuatu maklumat dari segi kredibiliti dan kesederhanaan terhadap sesuatu berita.
Kita jangan mudah melatah dan menghukum orangAku lihat pakatan rakyat menuduh barisan nasional dan kemudian ahli partinya sama sama menghukum barisan nasional dan aku juga melihat barisan nasional menuduh pakatan rakyat dan ahli partinya sama sama menghukum pakatan rakyat. Jika begini caranya, sampai bila hendak selesai. Jika sampai sesuatu berita hendaklah kita tenang dan menanti pihak “bertanya” bertanya kepada pihak “yang ditanya” untuk penjelasan sesuatu isu. Dan kemudian pihak “yang ditanya” akan cuba menjelaskan kepada pihak “yang bertanya” secara professional. Ahli ahli dan pengikut pengikut kedua dua belah pihak janganlah jadi sebagai batu api untuk menambahkan kepedasan sesuatu isu. Kedua dua parti tidak maksum, itu kena faham.
buku jingga pakatan
buku jingga pakatan
Aku dah lama ingin tahu akan apa sebenarnya buku jingga. Jangan korang buat andaian yang aku penyokong pakatan rakyat!. Apa yang aku ingin sampaikan disini adalah “keadilan” kita dalam menerima kedua dua belah pihak. Dua dua belah parti kita dengar dan cuba untuk melihat dari sisi yang berbeza. Ada kalanya kita bersetuju dan ada kalanya kita tidak bersetuju. Dengan itu kita tidak menjadi orang yang taksub kepada parti.
Pada sesiapa yang ingin mendownload buku jingga bolehlah tekan disinidan disini. Download kedua duanya sekali. Kerana kedua dua ini agak berbeza. Aku pun masih lagi belum membacanya dan tidak tahu akan kandungannya. Tidak mengapa, nanti aku akan membacanya dan cuba untuk bersifat terbuka dan berlapang dada dalam apa apa isu yang ditimbulkan.
Ceramah politik dan ceramah agama kedua dua belah parti aku layan. Aku cuba untuk bersikap terbuka dan dengan itu aku akan lebih melihat kepada pelbagai perkara. Ada yang kata kalau kita tidak ada pendirian terhadap parti mana kita akan pilih adalah kita ini tiada pendirian dan dikira “lalang”. Errmmm, aku tidak setuju!. Aku mengatakan bahawa aku terbuka terhadap apa apa sesuatu isu dan cuba melihat dari sudut kebenaran yang dibawa bukan melihat dari sudut “mata parti”. Akan tetapi didalam diri setiap kita sudah ada pendirian akan parti mana yang akan kita pilih nanti di PilihanRaya Umum 13 nanti. Undi Adalah Rahsia….. Selamat Membaca…

No comments: