Wednesday, March 7, 2012

Jati – IMR Islam Melayu Raja | Gerakkan Martabatkan Umat


Jati – IMR Islam Melayu Raja | Gerakkan Martabatkan Umat.
JATI merupakan sebuah badan NGO (Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali) yang mempunyai dasar dan perjuangan berbentuk Islamik. Di dalamnya tersemat satu wadah yang diberi nama “Gerakan Martabatkan Umat” yang memperjuangkan agenda IMR iaitu Islam, Melayu dan Raja. JATI berkeyakinan bahawa masalah utama yang membelenggu umat Islam hari ini sehingga berpecah belah walaupun setelah disajikan dengan input-input yang sahih, lagi bersandarkan pada kebenaran, adalah masalah persepsi.
Masalah ini bukan wujud semalaman atau dalam tempoh yang singkat. Ia adalah masalah yang bersifat akumulatif. JATI telah memahami punca-punca utama yang menyumbang pada pembentukan persepsi songsang ini mengikut kaedah pengkajian forensik (mengetahui punca-punca asal) sebelum mampu menggubal penyelesaiannya yang semestinya juga akan bersifat akumulatif.
Jati - IMR Islam Melayu Raja
Jati - IMR Islam Melayu Raja
Dari kajian dan pemerhatian, JATI telahpun mengetahui punca-punca asal yang menyumbang pada pembentukan persepsi di kalangan ahli-ahli masyarakat iaitu:
  • Pengalaman yang pernah dialami;
  • Tahap ilmu dan kemahiran berfikir;
  • Tokoh-tokoh yang diyakini;
  • Tahap pegangan agama Islam;
  • Tahap akhlak yang dimiliki;
  • Mood ketika menerima apa-apa input;
  • Biah ketika input diterima;
  • Tahap haibah dan thiqoh pihak yang menjadi subjek perbincangan;
  • Impak daripada peranan semua jenis media;
  • Tahap prestasi semua pihak yang memperjuangkan agenda masing masing;
  • Faktor hidayah yang masing-masing terima daripada Allah SWT.

Selain dari itu, JATI juga telah mengenalpasti punca kepada semua permasalahan ini. Di bawah adalah kronologi dari apa yang ingin JATI kongsikan (pembentukan persepsi):
  • Penerimaan input (termasuk yang tidak betul), ke,
  • Pemilihan input yang hendak dipertimbangkan, ke,
  • Pengaturan input-input terpilih dalam minda dan jiwa, ke,
  • Pembinaan kefahaman berdasarkan input-input yang terpilih, ke,
  • Membuat keputusan berasaskan kefahaman yang dibentuk, ke,
  • Menolak mana-mana input yang tidak selari dengan kerangka kefahaman.

Oleh itu, JATI akan terus berjuang untuk membantu masyarakat dalam usaha untuk memurnikan kefahaman yang ada. Perjuangan ini tetap akan dilaksanakan kerana ianya adalah satu dari usaha yang tidak berbelah bagi untuk negara yang dicintai.

No comments: